Kem Terendak Melaka
Tak tahu macam mana nak menaip,saja nak mencuba di dalam blog ini sebagai kenangan dan memori . pernah bertanyakan pada arwah emak ,mengapa nama abah "Basah" emak menceritakan yang sebetulnya ialah Bashah tetapi pada zaman itu org tua hanya menyebut 'verbal"ketika mencadangan nama anak mereka kepada pengawai pendaftaran yang sebetulnya masih lagi didalam zaman British/Jepun.
![]() |
| Kad Pengenalan ketika umur 12 tahun 1985 |
Dilahirkan di Hospital Angkatan Tentera Malaysia di Terendak Kem Melaka ,
Kem ini dahulunya dibina oleh tentera British bagi menempatkan markas 28 Commonwealth Infantry Brigade yang merangkumi satu Batalion Tentera British Satu Batalion Tentera Australia Satu Batalion Tentera New Zealand, diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1970
![]() |
| gambar ketika umur 5 bulan |
Ingatan masih kuat lagi, ketika di Kem Terendak kami tinggal di quarters Tentera dihadapan laut didepan rumah kami ada sepohon pokok saga. Tak salah saya alamat nya seperti di gambar yang dibawah
surat arwah emak kepada arwah abah ketika abah di Kem Desa Pahlawan Kelantan
Gambar di rumah kami di Terendak kem Melaka quarters peninggalan tentera commonwealth semasa menduduki di kem tersebut.





